Sewaktu zaman bujang, everytime kalau demam selsema, mama selalu remind "kakak ni dari kecik kerap selsema, tak mcm abg dgn adik". From pass experience dalam famili mmg saya orang yang kerap berjangkit dgn selsema. Mungkin ia berpunca daripada tidak minum susu ibu seperti adik beradik yang lain waktu kecil jadi ketahanan badan yang tidak kuat. Yang pastinya reminder mama tu ada berbaur kerisauan.
Sekarang bila sudah ada anak sendiri barulah terbuka peluang menyelami perasaan mama waktu tu..
Budak-budak ni kerap selsema, biasalah kalau lepas 2, 3 hari selsema, timbul lah pakej percuma iaitu batuk dan kahak..
Waktu dah dapat full pakej nilah ummi dengan ayah susah nak tidur nyenyak waktu malam, sekejap2 terbatuk, klu tengah2 menyusu dia termuntah balik, kadang2 mengamuk xmau baring langsung..menangis mungkin sebab x selesa bernafas melalui mulut, mgkn sakit kepala.. Kesian tgk budak2.. Lagi kesian tgk nur muhammad yang baru mencecah usia 8 bulan.
Apa yang saya buat ialah:
1) ambil suhu badan, klu ada demam, kasi ubat demam.
2) setiap pagi dan sebelum tidur saya akan suap mereka madu asli, xdalah byk sgt sekadar hujung2 sudu plastik je. Makan madu kalau guna sudu besi akan menghilangkan khasiat /enzim baik dlm madu tersebut, jadi elakkan dari guna sudu besi.
3) bykkn pengambilan air masak terutama air suam selain susu.
4)jaga kebersihan badan, persekitaran terutama sekali mainan yang mereka main disinfactkan, jangan kasi mereka masuk ke dalam mulut.
5) klu tiada keperluan tu jgnlah kasi mereka keluar rumah sgt dlm wktu belum sihat, immune system yang low memberi peluang kpd penyakit lain pula ntuk berjangkit.
Nur muhammad dan nur ameenah jangkit selsema ni pun berpunca kepada kekerapan asyik keluar rumah 2, 3 mgu ni atas urusan visa umminye yang tak siap2 lagi, kesian anak2 ummi kena teman ummi dgn ayah dalam musim tengkujuh ni lepastu kena bercampur dgn mcm2 orang di imigresen.
Semoga cepat sembuh anak -anak ummi.
No comments:
Post a Comment