Sunday, July 1, 2012

Permata Hatiku.. Rezeki yang tidak ternilai. Ameen

Nur Muhammad baru pandai duduk
Nur Ameenah yang mula xplore
Petang-petang begini seronok betul kalau ajak budak-budak ni main di taman, melihat keletah si kakak yang aktif, tak jemu-jemu turun naik "slide", adik yang baru nak belajar pelbagai benda pun turut sibuk memerhatikan gelagat si kakak, terpusing-pusing kepalanya :)

Sekejap je masa dah berlalu, usia perkahwinan pun nak mencecah 3 tahun. Anak-anak mula membesar, sepanjang perkahwinan ni kami belum lagi menetap di satu tempat, kerap berpindah-randah. Letih juga tapi apakan daya dah tugas suami sebagai pemimpin rumahtangga.

Semenjak menjadi seorang ummi banyak tugas-tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik. Adat menjadi seorang manusia ada buat kesilapan begitu juga saya kadang-kadang termarah kadang-kadang terpukul. Usia anak-anak yng masih kecil dan dekat-dekat ni memang sedikit meletihkan. Ramai orang yang kata "nk buat macam mana dah rezeki Allah nak beri."

Enc suami pula selalu ingatkan juga anak-anak memang rezeki tapi anak yang soleh solehah rezeki yang tidak ternilai." sama-samalah kita berusaha ke arah tu ye ayah! :)

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

No comments:

Post a Comment