Sewaktu zaman bujang, everytime kalau demam selsema, mama selalu remind "kakak ni dari kecik kerap selsema, tak mcm abg dgn adik". From pass experience dalam famili mmg saya orang yang kerap berjangkit dgn selsema. Mungkin ia berpunca daripada tidak minum susu ibu seperti adik beradik yang lain waktu kecil jadi ketahanan badan yang tidak kuat. Yang pastinya reminder mama tu ada berbaur kerisauan.
Sekarang bila sudah ada anak sendiri barulah terbuka peluang menyelami perasaan mama waktu tu..
Budak-budak ni kerap selsema, biasalah kalau lepas 2, 3 hari selsema, timbul lah pakej percuma iaitu batuk dan kahak..
Waktu dah dapat full pakej nilah ummi dengan ayah susah nak tidur nyenyak waktu malam, sekejap2 terbatuk, klu tengah2 menyusu dia termuntah balik, kadang2 mengamuk xmau baring langsung..menangis mungkin sebab x selesa bernafas melalui mulut, mgkn sakit kepala.. Kesian tgk budak2.. Lagi kesian tgk nur muhammad yang baru mencecah usia 8 bulan.
Apa yang saya buat ialah:
1) ambil suhu badan, klu ada demam, kasi ubat demam.
2) setiap pagi dan sebelum tidur saya akan suap mereka madu asli, xdalah byk sgt sekadar hujung2 sudu plastik je. Makan madu kalau guna sudu besi akan menghilangkan khasiat /enzim baik dlm madu tersebut, jadi elakkan dari guna sudu besi.
3) bykkn pengambilan air masak terutama air suam selain susu.
4)jaga kebersihan badan, persekitaran terutama sekali mainan yang mereka main disinfactkan, jangan kasi mereka masuk ke dalam mulut.
5) klu tiada keperluan tu jgnlah kasi mereka keluar rumah sgt dlm wktu belum sihat, immune system yang low memberi peluang kpd penyakit lain pula ntuk berjangkit.
Nur muhammad dan nur ameenah jangkit selsema ni pun berpunca kepada kekerapan asyik keluar rumah 2, 3 mgu ni atas urusan visa umminye yang tak siap2 lagi, kesian anak2 ummi kena teman ummi dgn ayah dalam musim tengkujuh ni lepastu kena bercampur dgn mcm2 orang di imigresen.
Semoga cepat sembuh anak -anak ummi.
“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” al- Tahrim: 6
Thursday, July 5, 2012
Sunday, July 1, 2012
Permata Hatiku.. Rezeki yang tidak ternilai. Ameen
Nur Muhammad baru pandai duduk |
Nur Ameenah yang mula xplore |
Sekejap je masa dah berlalu, usia perkahwinan pun nak mencecah 3 tahun. Anak-anak mula membesar, sepanjang perkahwinan ni kami belum lagi menetap di satu tempat, kerap berpindah-randah. Letih juga tapi apakan daya dah tugas suami sebagai pemimpin rumahtangga.
Semenjak menjadi seorang ummi banyak tugas-tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik. Adat menjadi seorang manusia ada buat kesilapan begitu juga saya kadang-kadang termarah kadang-kadang terpukul. Usia anak-anak yng masih kecil dan dekat-dekat ni memang sedikit meletihkan. Ramai orang yang kata "nk buat macam mana dah rezeki Allah nak beri."
Enc suami pula selalu ingatkan juga anak-anak memang rezeki tapi anak yang soleh solehah rezeki yang tidak ternilai." sama-samalah kita berusaha ke arah tu ye ayah! :)
“Rabbana hab lana
min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina
imama”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa“
Subscribe to:
Posts (Atom)